suria
mStar - Urban.Versatil

Seperti ‘hampas kelapa’, wanita ini dibuang kekasih lepas ditangkap khalwat! Dituduh perosak akhlak lelaki alim belajar agama

Elakkan diri daripada terjebak dengan gejala maksiat yang boleh merosakkan masa depan sendiri. -Gambar hiasan

INSIDEN ditangkap khalwat bersama bekas kekasih pada Disember tahun lalu mengubah hidup seorang wanita apabila dia kini terpaksa mengharungi proses undang-undang sendirian.

Lebih memeritkan, lelaki berkenaan bertindak meninggalkannya selepas kejadian hitam itu dengan alasan mahu memberi fokus terhadap pelajaran dan kehidupan sendiri.

"Saya tak tahu macam mana nak hadap muka dia dekat mahkamah nanti. Saya rasa dah hilang diri sendiri sekarang. Mak ayah kami berdua tahu apa yang dah terjadi.

Perbuatan maksiat boleh meruntuhkan akhlak individu yang melakukannya. -Gambar hiasan

"Mak dia salahkan saya, cakap yang saya ni beri pengaruh buruk sebab anak dia tu belajar agama tinggi. Saya tahu saya bersalah sebab mudah percayakan lelaki.

"Sekarang saya dah tak tahu nak buat apa sebab sakit hati. Dia akhirnya tinggalkan saya sebab nak fokus belajar dan hidup dia," ujar wanita itu di Threads.

Tambah wanita itu lagi, dia juga pernah merayu agar lelaki itu tidak memutuskan hubungan mereka dan dalam masa sama mengharapkan agar dia bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

"Saya meraung minta dia jangan tinggalkan saya. Tapi dia cakap dah tak mahu teruskan hubungan. Paling sakit apabila saya tak tahu nak beritahu mak ayah sendiri macam mana.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan tunang ditangkap khalwat di rumah, ambil kesempatan berasmara ketika ibu balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Janda, tukang paip dicekup berkhalwat jam 1 pagi… Beri alasan ‘repair’ tangki air

"Mungkin ini ujian Allah sebab dah lalai dalam kemaksiatan. Saya hanya berharap Allah balikkan hati dia cari saya semula untuk berkahwin dan bertanggungjawab," jelasnya.

Perkongsian wanita ini meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatkan agar dia tidak terus mengharapkan lelaki berkenaan.

Malah netizen menasihatinya agar dia menyelesaikan urusan denda, bertaubat dan memulakan hidup baharu tanpa menoleh ke belakang.

  • Wanita bakal ke mahkamah, perlu bayar denda RM3,000 selepas ditangkap khalwat Disember lalu.
  • Bekas kekasih tinggalkan dengan alasan mahu fokus pelajaran dan kehidupan.
  • Ibu lelaki menyalahkannya, anggap dia pengaruh buruk.
  • Dia akui silap mudah percaya, kini hilang arah dan tertekan.
  • Netizen nasihatkan settle denda, bertaubat dan mulakan hidup baharu.

"Selesaikan denda dan bertaubat. Tinggalkan dia dan mulakan hidup baharu. Dapatkan kerjaya yang lebih baik. Dia akan terima balasan atas apa yang dia buat.

"Bertaubat dan jangan percaya lelaki dah. Sebaik mana pun lelaki tu, kalau sudah mula pegang-pegang dan mula nak panggil sayang... kau tinggal je la. Lelaki baik akan hormat kau.

"Lelaki tak nak kembali pada perempuan yang dia pernah rosakkan. Saya tahu sakit nak terima semua ni, tapi percayalah dia akan dapat kifarah. Saya doakan awak di beri hati yang tenang nak hadapi semua ni," komen beberapa netizen.

Artikel Lain