SEORANG pemuda akhirnya mendapat jawapan berhubung persoalan tentang mengapa orang ramai begitu bersemangat menemani ahli keluarga atau sahabat handai yang ingin menunaikan umrah hingga ke lapangan terbang.Menurutnya, suatu ketika dahulu dia pernah mempersoalkan mengapa ibunya perlu bersusah payah menghantar jemaah yang ingin ke Makkah. Katanya, jawapan yang diberikan ibunya dan pengalaman yang dilaluinya menyebabkan dia menyedari kekuasaan Allah.Hanya tetamu yang dijemput Allah sahaja akan tiba di Makkah. -Gambar hiasan AI"Dulu pernah tanya mak, kenapa nak kena hantar orang pergi umrah sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)? Kan mereka boleh je pergi sendiri."Tapi apabila mak aku beritahu kenapa dan benda ni jadi dekat diri sendiri, sampai sekarang aku paling bersemangat kalau nak hantar orang pergi umrah dekat KLIA," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Seronok bercuti main salji, rakan 'terpaling' alim selamba rosakkan 'mood' - "Bila nak pergi Makkah?"ARTIKEL BERKAITAN: Mak tolak hasrat anak perempuan taja tunai umrah... Rupanya ada agenda lain, suruh guna bajet RM30,000 bayar hutang abang!Pada awalnya dia mengakui kurang mempercayai kata-kata tersebut.Bagaimanapun tanpa disangka, apa yang diungkapkan ibunya menjadi kenyataan dalam hidupnya."Mak aku cakap macam ni... ikut je hantar mereka pergi umrah, nanti lama-lama mesti Allah panggil kita juga ke sana."Mula tu macam ye ke tak mak aku ni. Tapi sebenarnya, betul. Apa yang mak aku cakap tu jadi dekat diri aku sendiri. Aku dipanggil sebagai tetamu Allah," katanya.Lebih menginsafkan, peluang tersebut bukan datang sekali, tetapi dua kali.Pemuda itu bersyukur setelah memahami hikmah menghantar jemaah umrah ke KLIA.Pesan ibunya bahawa Allah akan memanggil menjadi kenyataan.Dia dipanggil menjadi tetamu Allah bukan sekali, tetapi dua kali.Individu lain berkongsi pengalaman memberi tudung kepada jemaah sebelum ke Tanah Suci.Ada yang bersyukur kerana sempat menemani ibu bapa, termasuk pertemuan terakhir bersama ayahnya.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu diakui seorang wanita, cuma cara dia dijemput menjadi tetamu Allah sedikit berbeza dengan pemuda tersebut."Pengalaman sendiri... tiap kali orang pergi umrah saya bagi tudung. Tudung tu mereka pakai kat sana. "Akhirnya Allah jemput dua kali pada tahun yang sama. Syukur, sekarang tiap-tiap tahun diberi peluang ke sana," katanya.Seorang lagi individu pula berpandangan, tujuan menemani ahli keluarga boleh menjadi titik pertemuan terakhir."Saya bersyukur dapat teman mak dan ayah sebab itu hari terakhir saya berjumpa ayah. Dia pergi di Makkah pada 14 Januari dan meninggal dunia di sana 17 Januari," katanya.