suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu masak setiap kali nak makan... Ini cara simpan nasi supaya tahan lama, tinggal panaskan je

Teknik simpan nasi dapat menjimatkan masa untuk menyediakan juadah berbuka atau sahur. -Gambar hiasan AI

TEMPOH memasak yang lama membuatkan suri rumah dan ibu berkerjaya berasa letih sebelum sempat berbuka puasa.

Situasi yang dialami itu membuatkan ramai yang mencari kaedah pantas untuk mengurangkan proses memasak.

Anda yang ingin menjimatkan masa bolehlah memasak nasi dalam kuantiti yang banyak dan menyimpannya untuk digunakan pada bila-bila masa.

Ini cara terbaik untuk menyimpan nasi supaya kekal segar dan sedap untuk dinikmati ketika berbuka mahupun bersahur.

1. Simpan nasi dalam peti sejuk

Suhu sejuk membantu melambatkan pertumbuhan bakteria dan memastikan nasi lebih tahan lama.

Pastikan suhu peti sejuk berada di bawah 4 darjah selsius untuk hasil terbaik.

2. Biarkan nasi sejuk sebentar

Tapi jangan terus masukkan nasi panas ke dalam sejuk, sebaliknya biarkan ia sejuk sebentar pada suhu bilik supaya kelembapan  berkurang.

Langkah ini dapat membantu mengelakkan nasi menjadi cepat basi seterusnya mengekalkan tekstur yang lembut.

3. Gunakan bekas kedap udara

Simpan nasi dalam bekas kedap udara untuk mengurangkan pendedahan kepada udara luar.

Pastikan bekas bersih dan kering sebelum digunakan bagi memastikan nasi tidak rosak sepanjang tempoh penyimpanan.

4. Panaskan nasi dengan betul

Apabila tiba masa untuk bersahur, panaskan nasi dengan cara yang betul supaya tidak keras atau kering.

Selain menggunakan microwave, teknik mengukus nasi dapat membantu melembutkan semula tekstur nasi.

5. Simpan dalam portion kecil

Sebaiknya, asingkan nasi dalam kuantiti sedikit mengikut jumlah hidangan yang akan dinikmati.

Bukan sahaja mudah dipanaskan, malah dapat memastikan kualiti makanan tersebut.

Artikel Lain