suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan buang, sayang! Rupanya ini cara mudah asah mata pengisar, memang jimat

Kulit telur dapat membantu menajamkan semula mata pengisar.

BOLEH hilang mood apabila mata mesin pengisar atau blender tiba-tiba tumpul ketika sedang semangat untuk memasak.

Lebih merunsingkan apabila bahan yang dikisar tidak hancur seperti diingini.

Anda yang mengalaminya dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dengan membuang mesin pengisar berkenaan.

Ini cara terbaik untuk mengembalikan ketajaman mata pengisar seperti yang dikongsikan Akey Ru di Facebook.

1. Masukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar.

2. Kemudian letakkan beberapa biji kulit telur ke dalam pengisar.

3. Hidupkan mesin dan kisar kulit telur sehingga halus.

4. Cuci mesin pengisar sehingga bersih dan sedia digunakan semula.

Artikel Lain