suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah perlu harum segenap ruang... DIY saja pewangi guna 2 bahan ringkas untuk jimat wang

Pewangi DIY menjimatkan kos perbelanjaan bulanan.

BUKAN mudah nak kekalkan bau wangi dalam kediaman yang dipenuhi dengan perabot.

Lebih memeningkan kepala apabila setiap ruangan bersaiz besar, semestinya banyak pewangi diperlukan seterusnya meningkatkan kos perbelanjaan rumah.

Anda yang ingin menjimatkan kos tapi mahu memastikan kediaman wangi sentiasa, bolehlah mencuba cara yang dikongsikan Rojia Rashida di Instagram.

Bukan sahaja menjimatkan, haruman kekal lama di setiap ruang rumah anda.

Paling penting, ia tersorok dan hanya memberikan aroma wangi seperti di kediaman mewah.

Bahan-bahan

1. Bekas kosong bersaiz kecil

2. Pisau

3. Span

4. Pelembut pakaian (softener)

Cara penyediaan

1. Potong span kepada saiz kiub kecil.

2. Kemudian masukkan dalam bekas kosong sehingga penuh.

3. Masukkan softener sehingga separuh bekas tadi.

4. Letakkan bekas campuran tadi di ruang yang diinginkan.

5. Tambah apabila bau sudah hilang atau softener kering.

 

Artikel Lain