Ketirisan maklumat peribadi beri kesan serius termasuk kerugian kewangan, pencerobohaan privasi, dan gangguan emosi.
RAMAI yang menyangka apabila kad SIM telefon sudah dipatahkan, semua data di dalamnya pun akan 'mati' bersama.Hakikatnya, anda mungkin sedang menyerahkan kunci 'rumah' digital kepada orang asing. Bayangkan kalau ada aplikasi yang didaftarkan menggunakan nombor telefon tersebut masih mempunyai gambar peribadi, dokumen kerja atau perbualan sulit, pemilik baharu mungkin bukan sekadar 'terjumpa', tapi boleh menyalahgunakan identiti anda untuk tujuan penipuan.Berkongsi pengalaman membeli nombor telefon yang pernah digunakan orang lain, Airil Quo berkata, dia terkejut apabila mendapati terdapat maklumat pengguna terdahulu dalam aplikasi Telegram yang baru didaftarkan.Menurutnya, ratusan grup yang wujud dalam aplikasi tersebut berunsurkan lucah dan daripada nombor yang tiada dalam senarai kenalannya.Ini bermakna, jika pemilik asal tidak 'mencuci' akaun mereka, maka pemilik baharu boleh mengakses segala maklumat peribadi yang terdapat di dalamnya. Seram bukan?Maklumat pemilik terdahulu masih terdapat dalam aplikasi Teglegram yang baru didaftarkan.Sekiranya anda ingin menukar nombor telefon, ini langkah untuk mencuci data yang wajib dibuat bagi mengelakkan privasi diceroboh.1. Padam akaun secara total Cara paling berkesan adalah dengan memadamkan terus akaun Telegram tersebut melalui laman web rasmi mereka.Layari laman web My Telegram dan pilih bahagian 'Delete Account'.Masukkan nombor telefon anda dan sahkan kod yang dihantar.Penting: Lakukan ini sebelum anda tamatkan talian. Jika tidak, kod pengesahan akan dihantar kepada pemilik baharu nombor tersebut.Cara untuk ubah setting bagi memastikan privasi terpelihara.2. Gunakan fungsi self-destruct Telegram sebenarnya ada fungsi untuk memadam akaun secara automatik jika anda tidak aktif.Pergi ke Settings > Privacy and Security.Cari bahagian Delete my account if away for.Setkan tempoh masa yang anda mahu (contoh: 1 bulan).3. Aktifkan two-step verification (2FA) Ini adalah 'benteng' terakhir anda selepas ia dimiliki pemilik baharu.Sekiranya mereka 'berusaha' untuk masuk juga, akaun anda tetap dalam mod selamat kerana maklumat tambahan diperlukan.Kebiasaannya, anda boleh meletakkan imbasan wajah sebagai 'kunci' utama.Pergi ke Settings > Privacy and Security > Two-Step Verification.Setkan kata laluan dan pastikan anda masukkan recovery email yang aktif.