DALAM usaha mengurangkan kos perbelanjaan dapur, ramai yang mula mencipta 'mini kebun' dengan fokus pada tanaman sayuran dan herba.Bagi anda yang inginkan kelainan atau menambah jenis sayuran yang mudah ditanam, apa kata cuba hasilkan taugeh. Bukan sahaja mudah, anda juga boleh menetapkan jumlah yang diperlukan untuk seisi keluarga.Ini cara yang dilakukan Nona Danial bagi menghasilkan taugeh untuk santapannya bersama keluarga.Berkongsi di laman Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri, ujarnya hasil boleh dituai dalam tempoh enam hari selepas semaian.Bahan-bahan1. Bekas kosong2. Bekas berlubang atau penapis untuk dijadikan penutup bekas3. Tisu4. Kacang hijau (mengikut isi keluarga)Bekas yang digunakannya untuk menyemai kacang hijau. -Foto Nona DanialCara penanaman1. Rendam kacang hijau semalaman dan toskan.2. Letak beberapa helai tisu ke dalam bekas dan masukkan kacang hijau ke atasnya.3. Tutup bekas menggunakan penapis.4. Kemudian bungkus dengan plastik hitam dan letak di tempat yang gelap.5. Semburkan dengan air setiap hari supaya bekas sentiasa lembab.6. Hasil boleh dituai pada hari keenam.