suria
mStar - Urban.Versatil

Ramai dah buat, rupanya terbukti ini kaedah paling bijak elak ‘drama’ kehabisan gas

Tarikh penukaran tong gas ditampal untuk panduan penggunaan.

PANTANG nampak lori gas lalu depan rumah, mulalah tertanya-tanya kandungan gas di dapur tinggal banyak mana lagi. 

Paling membimbangkan apabila tengah syok memasak, tiba-tiba api pula terpadam kerana kehabisan gas.

Melalui situasi tersebut, seorang pengguna TikTok @ruangteduh.house berkongsi pengalaman gas habis semasa ahli keluarganya datang bertandang.

Malah katanya, peristiwa yang berlaku itu membuatkan dia mengambil pendekatan dengan mencatat dan meletakkan tarikh pembelian pada tong gas, sejurus penukaran dilakukan.

Mungkin ada yang beranggapan tindakan tersebut sebagai remeh, namun sebenarnya ia dapat membantu menjaga keselamatan dan menjadikan pengurusan dapur lebih bijak.

Berikut adalah manfaat dan kebaikan jika mak-mak dan suri rumah praktikkan selepas ini:

1. Pantau tempoh penggunaan

Anda akan tahu berapa lama sebenarnya satu tong gas bertahan untuk corak masakan anda.

Kadang-kadang kita rasa baru tukar, tapi hakikatnya ia sudah digunakan selama beberapa bulan.

2. Kesan kebocoran

Jika selalunya gas tahan dua bulan, tapi kali ini baru tiga minggu dah habis, itu petanda besar mungkin ada kebocoran halus atau masalah pada regulator.

Jangan lupa periksa tahap elastik paip juga. Paip gas yang lama akan lebih keras dan sukar dilentur.

Paling penting, ambil tindakan segera dan jangan tunggu sehingga bau gas menyelubungi ruang rumah pula, bahaya menanti.

3. Semak kecekapan

Anda boleh menilai sama ada tabiat memasak anda menjimatkan atau sebaliknya.

Paling penting, jangan sesekali biarkan tong gas yang sudah terlalu lama atau nampak uzur terbiar di dapur. 

Tukarlah apabila kandungannya sudah habis demi memastikan kecekapan penggunaan yang maksimum.

4. Tiada drama memasak

Mungkin kedengaran lucu, namun tindakan ini dapat membantu mengelakkan 'drama' ketika memasak.

Bayangkan kalau kehabisan gas pada waktu malam.

Artikel Lain

Hafiz Suip kembali bergelar suami