(Dari kiri) Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pembangunan McDonald’s Malaysia, Hamid Ahmad; Pengurus Besar Restoran McDonald’s Titiwangsa, Wong Xinru; Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai bergambar di hadapan restoran McDonald’s Pandu Lalu Titiwangsa yang dibuka semula dengan menampilkan rekaan konsep Luna.
RANGKAIAN McDonald’s Malaysia terus mengorak langkah besar melalui pelan pelaburan bernilai RM1 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang.Apa yang menarik, pelaburan tersebut bukan hanya membuktikan komitmen syarikat dalam mengukuhkan ekonomi tempatan dan memodenkan rangkaian restoran di seluruh negara, malah turut memperkasakan kebolehpasaran belia melalui program latihan di bawah Akademi Vokasional McDonald’s. Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, McDonald’s akan membuka 100 lagi restoran baharu, seiring pengoperasian 370 restoran sedia ada.Tambahan pula katanya, McDonald’s Malaysia mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 26 peratus pada 2025, meskipun beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.“Prestasi ini didorong oleh permintaan pelanggan yang berterusan, tawaran nilai hebat, inovasi berterusan dalam menu serta fokus kukuh terhadap kecemerlangan operasi di seluruh rangkaian restorannya.“Pengembangan ini dijangka mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia, sejajar dengan komitmen syarikat terhadap pengambilan pekerja tempatan dan pembangunan kerjaya jangka panjang dalam organisasi,” jelasnya.Beliau berkata demikian semasa majlis pembukaan semula McDonald’s Pandu-Lalu Titiwangsa di Jalan Pahang pada 6 Februari lalu.Dalam pada itu Azmir berkata, syarikat turut menyokong rantaian bekalan domestik yang kukuh, dengan 75 peratus produknya diperoleh dan dihasilkan secara tempatan seterusnya membantu merancakkan ekonomi tempatan. “Apabila kami berkembang, kami komited untuk mewujudkan pekerjaan stabil dan peluang kerjaya sebenar untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.“Sehingga kini, lebih 16,000 rakyat Malaysia digajikan dan McDonald’s mengekalkan dasar pengambilan 100 peratus pekerja tempatan,” tambahnya.Mengulas lanjut, Azmir berkata, komponen utama dalam pelaburan RM1 bilion adalah pengembangan berterusan Akademi Vokasional McDonald’s, yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia menerusi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).“Paling utama adalah tenaga kerja, bagaimana kita nak melabur supaya tenaga kerja kita lebih berdaya saing. Jadi, kami berfokus pada TVET, melalui Akademi Vokasional, dengan misi kemasukan 4,000 hingga 5,000 pelajar setiap masa.“Mereka akan menerima SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf Kementerian Sumber Manusia.“Bukan sekadar menambah baik kemahiran pekerja di Malaysia, pelajar terbabit juga tidak terbatas untuk bekerja di mana-mana sahaja selepas habis 18 bulan ikuti pengajian,” jelasnya lagi.Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar. Lebih membanggakan, apabila golongan orang kurang upaya (OKU) serta orang asli turut mendapat manfaat dan tidak dibezakan daripada segi pendapatan mahupun kenaikan gaji.Tegas beliau, golongan terbabit juga layak menyertai Akademi Vokasional McDonald’s.“Kita masih lagi membawa masuk pekerja-pekerja OKU dan kini ada lebih 300 pekerja kategori itu di seluruh negara.“Syarikat tidak akan menolak permohonan mereka selagi pekerja tersebut selamat bekerja di restoran kerana ada kapasiti tertentu untuk bertugas di restoran.“Kita tidak membezakan mereka daripada segi pendapatan dan kenaikan gaji. Mereka ditugaskan di tempat yang mereka boleh bekerja mengikut keupayaan masing-masing,” tambahnya.Hingga kini Akademi Vokasional yang dilaksanakan sejak 2018 itu melatih lebih 5,000 belia, dengan 80 peratus memilih untuk membina kerjaya dalam McDonald’s Malaysia.Selain pembangunan restoran dan tenaga kerja, pelan peruntukan RM1 bilion ini turut merangkumi pelaburan berterusan dalam teknologi bagi mengukuhkan kecekapan operasi dan keterlibatan pelanggan.Ini termasuk penambahbaikan sistem jualan (POS), platform digital seperti aplikasi McDonald’s dan program kesetiaan pelanggan untuk menyokong operasi lebih lancar dan pengalaman pelanggan lebih dipertingkat.Sebagai sebahagian daripada strategi operasi jangka panjang, McDonald’s Malaysia terus melabur dalam operasi restoran yang lebih cekap dan bertanggungjawab, mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian.Inisiatif kelestarian termasuk pemasangan panel solar di lebih 100 restoran di seluruh negara, dengan rancangan untuk diperluas ke 100 lagi restoran menjelang akhir tahun ini.Langkah tersebut sekali gus menyokong kecekapan tenaga dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar di samping penghapusan penggunaan plastik.“Daripada segi inovasi menu, kita ada nasi lemak dan bermacam-macam lagi yang akan datang pada tahun ini dan memenuhi pelbagai citarasa dan flavor yang baru dengan harga berpatutan.“Bagi aspek pemasangan solar, McDonalds telah bermula pada 2018 di restoran Putrajaya. Apa yang kita dapati, penggunaan daripada TNB (Tenaga Nasional Berhad) berkurangan,” jelas beliau.“Sejak itu kita sudah mula menambah solar di restoran dan pada tahun 2022 kita bekerjasama dengan TNB, mengikat satu perjanjian untuk meletak solar panel di 100 buah restoran.“Jadi tahun ini kita akan bekerjasama dengan satu lagi vendor untuk meletakkan 100 lagi solar panel, menjadikan 200 buah restoran mempunyai solar panel,” jelasnya.Menurut beliau, pemasangan tersebut menjadikan McDonald sebagai rangkaian terbesar di Malaysia yang mempunyai solar panel.Di samping pengembangan perniagaan, McDonald’s Malaysia terus melabur dalam kesejahteraan komuniti di seluruh negara menerusi penganjuran lebih 10,000 aktiviti tahunan termasuk program Ramadan bersama masjid dan surau.Selain itu kata Azmir, pihaknya turut mengadakan sambutan perayaan, lawatan ke rumah anak yatim dan rumah kebajikan, serta inisiatif yang memfokuskan kepada kesihatan dan pendidikan kanak-kanak melalui kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia).Seiring misi dan perancangan pelaburan yang direncanakan, McDonald’s Malaysia membuka semula restoran McDonald’s Pandu-Lalu Titiwangsa di Jalan Pahang, Kuala Lumpur sekali gus menjadikannya sebuah mercu tanda komuniti yang dihargai selama hampir empat dekad, sejak penubuhan pada 19 Disember 1988.Bukan sekadar menggantikan ruang yang sudah dikenali, naik taraf ini meningkatkan fungsinya sebagai hab sosial kontemporari sambil mengekalkan suasana mesra yang digemari pelanggan tetap sepanjang 38 tahun lalu.Tampil dengan identiti konsep Luna yang pertama di negara ini dan kedua di seluruh Asia, kemudahan lain turut dinaik taraf seperti ruang makan yang lebih luas dengan 180 tempat duduk, kawasan permainan kanak-kanak yang baru, serta surau yang lebih selesa untuk kemudahan pelanggan.