SELEPAS 21 hari menjalani hukuman penjara, pendakwah selebriti, Da’i Syed kembali dibebaskan sementara oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, pada Jumaat.Pembebasan itu dibuat selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azmi Ariffin sebulat suara membenarkan permohonan Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail, 31, untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan. Terdahulu, hukuman tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.Permohonan Syed untuk tangguhkan pelaksanaan hukuman penjaran 10 tahun dan tiga sebatan dibenarkan mahkamah.Menurut Azmi Ariffin, mahkamah mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon dilepaskan dengan jaminan sehingga rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan.“Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak dan membaca penghujahan bertulis, kami mendapati bahawa terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon ini dilepaskan diatas jaminan sehingga rayuan pemohon (sabitan dan hukuman) di Mahkamah Rayuan ini diputuskan," katanya.Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin.Selain itu, pasport pendakwah itu perlu diserahkan kepada mahkamah dan Syed diarah untuk melaporkan diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam antara 1 hingga 5 haribulan setiap bulan bermula Mac 2026.ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu tak jumpa, Kamal Adli gPeguam pelik ada pihak anggap Da’i Syed suci… Watak bertukar ketika di rumah, perkosa mangsa hidap depresiembira dapat lepas rindu bertemu anak... “Terima kasih Uqasha”ARTIKEL BERKAITAN: Jurusolek dedah Da'i Syed ‘dok merenyeh’, dakwa ajak ke Pulau Pinang ketika isteri hamil anak kedua… “Dia suruh saya check in hotel sama”Turut bersidang dalam panel tersebut ialah hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Meor Hashimi Abdul Hamid.Sejurus prosiding tamat, isteri Syed, Hana Ismail, 40, yang hadir di mahkamah dilihat terus memeluk suaminya.Dalam pada itu, mahkamah turut mengambil kira bahawa pemohon tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen mahupun Mahkamah Tinggi sebelum ini.Syed perlu melaporkan diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam setiap bulan bermula Mac.Tiada juga keterangan yang menunjukkan dia pernah melarikan diri atau menghilangkan diri sepanjang prosiding berlangsung.Syed diwakili peguam M. Athimulan manakala pihak pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim @ Husaini.Pada 23 Januari lalu, Syed diperintah menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, selain tidak membenarkan penangguhan hukuman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube