suria

Kecoh video ranjang berdurasi 20 minit didakwa mirip penyanyi lelaki, tergamak jual aksi tak senonoh dengan wanita di Telegram  

Penyanyi lelaki itu dikatakan menjual video sendiri.

TULAR di media sosial beberapa klip video lucah yang didakwa menyerupai seorang penyanyi lelaki tempatan bersama wanita dipercayai bekas teman wanitanya.

Difahamkan terdapat empat video melibatkan penyanyi itu dengan durasi keseluruhan hampir 20 minit yang tersebar di beberapa platform termasuk aplikasi Telegram.

Video itu mula bertebaran apabila netizen mendakwa lelaki dalam video tersebut merupakan penyanyi muda yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini susulan wajahnya yang kelihatan jelas dan tidak dikaburkan.

Perkara tersebut berlaku dipercayai akibat dendam. 

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila segelintir netizen mendakwa penyanyi itu sendiri menjadi dalang penyebaran video berkenaan.

Dakwanya, lelaki berkenaan tidak berpuas hati apabila hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan. 

"Saya baru faham cerita. Rupanya perempuan itu tidak lagi mahukan lelaki tersebut, jadi lelaki itu sebarkan kisah mereka dan dia sendiri jual video di Telegram. 

"Macam-macam perangai budak zaman sekarang. Kalau orang sudah tidak mahu, berpada-padalah. Tak takut masuk penjara ke ugut bekas teman wanita?,” luah netizen di X. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video pelakon wanita di kelab malam, tak sombong disapa peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lelaki ditahan polis, didakwa lakukan hubungan seks luar tabii... Mangsa masih bawah umur 

Bagaimanapun setakat ini dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan memandangkan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan penyanyi berkenaan.

Malah, usaha mStar untuk mendapatkan maklum balas penyanyi itu tidak berjaya apabila hantaran mesej dihantar tidak dibalas. 

Untuk rekod, penyanyi terbabit pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila muzik video lagu popularnya dikritik netizen kerana didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain