suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi lelaki ditahan polis, didakwa lakukan hubungan seks luar tabii... Mangsa masih bawah umur 

Randy Madden ditahan selepas atas tuduhan gangguan seksual.

BEKAS peserta program nyanyian American Idol, Randy Madden berdepan enam pertuduhan jenayah serius selepas didakwa melakukan hubungan seksual dengan individu dibawah umur.

Menurut laporan, Madden, 45, didakwa melakukan kesalahan seks luar tabii dengan memasukkan objek ke dalam dubur mangsa yang tidak didedahkan identiti sebenar. 

Radden Madden mengaku tidak bersalah atas tuduhan gangguan seksual.

Dokumen mahkamah juga menyebut Madden melakukan seks oral selain mengantar bahan lucah. 

Tidak cukup dengan itu, dia turut dikatakan memujuk mangsa untuk tidak membuat sebarang laporan atas kesalahan dibuat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shinhwa didakwa ciplak lebih 20 lagu, netizen bongkar bukti tiru karya popular 1980-an

ARTIKEL BERKAITAN: Christina Perri fail cerai, tuntut hak penjagaan anak

Ketika sesi sebutan kes, Madden bagaimanapun mengaku tidak bersalah. 

Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM419,000 pada Selesa. 

Difahamkan perbuatan keji penyanyi itu dilakukan sekitar Julai hingga September tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain