suria

Kaki nampak macam kuda, agensi larang Tsuki angkat berat

Tsuki dilarang melakukan aktiviti angkat berat oleh agensinya.

AHLI kumpulan Billlie, Tsuki, mendedahkan dia dilarang melakukan aktiviti angkat berat oleh agensinya kerana dianggap tidak sesuai dengan imej sebagai seorang idola wanita.

Menurut Tsuki, 23, dia sebenarnya meminati senaman angkat berat sebelum dikenakan sekatan oleh syarikat pengurusan. 

Tsuki kini beralik=h kepada hobi berlari.

“Saya memang suka bersenam, dan jumlah tiga angkatan saya pernah mencecah 165 kilogram. Melalui latihan berterusan, saya jadi semakin kuat,” katanya.

Namun begitu, aktiviti kegemarannya itu tidak bertahan lama apabila pihak agensi melarang Tsuki meneruskan latihan otot selepas mendapati bentuk kakinya kelihatan terlalu besar untuk imej seorang idol.

Pun begitu dia tetap aktif menjaga kesihatan dan kecergasan diri dengan memilih aktiviti lain yang lebih sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Tak Suka Na Eun Berbaju Sukan

ARTIKEL BERKAITAN: Jeon Jong Seo pula dituduh kaki buli, suka curi pakaian sukan pelajar

“Sebagai idol, kaki yang kecil dianggap lebih cantik. Tapi masa satu sesi penggambaran, saya tengok gambar dan nampak kaki saya macam kaki kuda.

“Jadi, mereka suruh saya berhenti buat latihan otot buat sementara waktu. 

“Sekarang saya lebih banyak berlari. Larian dah jadi hobi baru saya,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain