PELAWAK dan pelakon asal Indonesia, Bedu, tetap menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan bekas suami meskipun sudah berpisah dengan isterinya.
Menurut Bedu, 45, dia masih memberi nafkah kira-kira RM12,000 (Rp50 juta) setiap bulan kepada bekas isterinya bagi menampung keperluan keluarga.
Jelasnya, wang tersebut digunakan bagi pelbagai perbelanjaan termasuk makan minum, pembantu rumah, bil elektrik, persekolahan anak-anak, serta bayaran kereta dan rumah.

Bedu bersama anak dan bekas isterinya.
“Cerai bukan bermakna saya boleh lepas tangan. Saya masih ayah kepada anak-anak kami, jadi tetap perlu menanggung mereka,” katanya.
Bedu menegaskan, pemberian tersebut bukan kerana terpaksa atau atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya inisiatif sendiri demi memastikan anak-anak tidak terjejas selepas perceraian.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian salahkan ChatGPT punca gagal ujian undang-undang
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sengaja kongsi resit, Kim Jun Young didakwa langgan penghibur wanita
“Selagi dia (bekas isteri) belum ada pasangan baru, saya akan terus bantu. Ini bukan soal bekas isteri, tapi soal anak-anak kami,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Bedu mendirikan rumah tangga bersama Irma Kartika Anggraini pada tahun 2010 sebelum berpisah pada 2025.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


