suria

Model wanita dedah punca cerai, tak sanggup tahan sakit atas katil... "Saiz sebesar dua tin minuman"

Haley Kalil dedah punca perceraiannya.

MODEL dan pempengaruh media sosial Haley Kalil secara terbuka mendedahkan punca utama menyebabkan dia dan bekas suami iaitu Matt Kalil mengambil keputusan untuk bercerai. 

Haley, 33, berkata perkahwinan selama tujuh tahun itu terlerai disebabkan dia merasa kurang selesa melakukan hubungan intim bersama Matt. 

Bukan kerana tiada perasaan cinta, namun dia mengakui saiz zakar bekas suaminya itu memberi satu tekanan besar ketika mereka di ranjang. 

Haley Kalil dan suami bercerai selepas 7 tahun berkahwin. 

"Saya cuba semuanya termasuk berjumpa dengan pakar dan doktor mengenai perkara ini, tetapi ia mustahil. Kami sudah usaha habis-habisan," katanya.

Dalam satu sesi siaran langsung itu, Haley menggambarkan saiz alat sulit bekas suaminya seperti ukuran dua tin minuman Coca-Cola.

Tambah Haley saiz luar biasa itu menyebabkan hubungan intim sukar dilakukan sehingga memberi kesan dalam perkahwinan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki nampak macam kuda, agensi larang Tsuki angkat berat

ARTIKEL BERKAITAN: Bedu tak pernah abai nafkah, hulur RM12,000 buat perbelanjaan bekas isteri

"Saya memang sayangkan dia. Kami baik-baik sahaja tetapi saya tidak lagi sanggup untuk menahan kesakitan sehingga menangis," ujarnya. 

Untuk rekod, Haley dan Matt berkahwin pada 2015 dan bercerai pada 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain