suria

Meghan Markle kembali berlakon, kemunculan semula selepas lapan tahun

Meghan teruja kembali bergelar pelakon.

SELEPAS lapan tahun meninggalkan dunia lakonan untuk menyertai keluarga Diraja Britain, aktres Meghan Markle dilaporkan bakal membuat kemunculan semula di layar perak. 

Menurut laporan Daily UK, Duchess of Sussex itu dikatakan terlibat dalam sebuah filem baharu berjudul 'Close Personal Friends' bersama pelakon Lily Collins, Brie Larson dan Jack Quaid. 

Apa lebih menarik, difahamkan Meghan akan melakonkan watak dirinya sendiri dalam filem terbitan Amazon MGM Studious itu. 

Meghan (kanan) dan suami melepaskan peranan rasmi sebagai ahli keluarga Diraja Britain pada 2020.

Meghan (kanan) dan suami melepaskan peranan rasmi sebagai ahli keluarga Diraja Britain.

Menghan juga dilihat berada di lokasi penggambaran di Pasadena, Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Menurut sumber, kemunculan semula dalam filem merupakan antara detik yang dinanti oleh Meghan kerana sebelum ini banyak menerima tawaran berlakon. 

"Ini merupakan detik besar buat Meghan dan menandakan kepulangannya kepada apa yang benar-benar diminatinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Buku rahsia dan penipuan Meghan Markle bakal diterbitkan pada hari kelahiran bayi sulungnya - Kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan, nama sebenar Meghan Markle pada sijil kelahiran Archie buat peminat bingung

"Beliau banyak menerima tawaran, namun projek ini dirasakan paling sesuai," kata sumber. 

Untuk info, Meghan sebelum ini terkenal menerusi watak Rachel Zane dalam drama popular Amerika Syarikat, Suits. 

Meghan berkahwin dengan kerabat Diraja Britain, Putera Harry pada tahun 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain