suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawatan, nama sebenar Meghan Markle pada sijil kelahiran Archie buat peminat bingung

Peminat Meghan keliru dengan beberapa maklumat mengenai seperti yang ditulis di dalam sijil kelahiran Archie.

PEMINAT Meghan Markle mulai terkeliru dengan beberapa maklumat mengenai sijil kelahiran putera sulungnya, Archie Mountbatten-Windsor.

Dokumen tersebut mendedahkan maklumat tentang lokasi dan waktu Archie dilahirkan, serta fakta mengenai Duke dan Duchess of Sussex itu.

Menerusi sijil lahir itu, peminat Meghan dapat mengetahui nama sebenarnya, selain jawatan rasmi isteri kepada Putera Harry itu.

Pada ruangan pekerjaan, jawatan Meghan ditulis 'Puteri United Kingdom' yang mana ia mengelirukan netizen kerana Ratu telah memberinya gelaran Duchess.

Tetapi protokol diraja menyatakan bahawa Meghan secara teknikal adalah seorang puteri.

Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila melihat nama sebenarnya yang ditulis Rachel Meghan pada dokumen tersebut.

Ibu bapanya, Doria Ragland dan Thomas Markle memanggilnya Meghan sejak lahir dan didakwa semua rakan turut memanggilnya dengan nama yang sama.

Secara kebetulan, Rachel adalah nama watak yang dimainkannya dalam siri TV popular, Suits. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain