suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibuli kawan sekolah kerana badan kurus, kini abang dah sado!

Iliya mula bersenam di gim sejak berusia 16 tahun.

SETIAP orang melalui pengalaman yang berbeza-beza ketika menjadi pelajar sekolah.

Bagi Iliya Tsikov, zaman persekolahan dianggap sebagai detik malang apabila dia sering menjadi mangsa buli rakan-rakan kerana bertubuh kurus dan kecil.

Bosan dibuli, dia mula bersenam di gim seawal usia 16 tahun untuk mengubah fizikal diri, sekaligus mengubah persepsi orang ramai terhadapnya.

"Kesakitan boleh dianggap sama seperti motivasi. Ia memberikan anda kekuatan dan tenaga apabila kita berada dalam kesakitan.

"Dulu, saya rasa sangat marah dan sakit hati. Saya terdesak nak berubah, kemudian saya terus berubah. Cukup dengan apa yang berlaku.

"Sejak mula bersenam, saya tak pernah berhenti sehingga ke hari ini," ujar jejaka berusia 24 tahun itu.

Kini, Iliya yang sudah berubah sado banyak berkongsi kisah kecergasannya menerusi Instagram.

Selain dibuli, Iliya juga terpaksa menjual makanan di sekolah untuk membantu keluarganya.

Iliya berasal dari Bulgaria dan berpindah ke United Kingdom (UK) ketika berusia 12 tahun. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain