suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk gempar ‘kapal berhantu’ tersadai di pantai

Sebuah kapal tersadai di tepi pantai. foto Ian Scammell/BPM MEDIA

PENDUDUK di pantai Kent di England digemparkan dengan sebuah bot besar yang ditinggalkan tanpa pemandu.

'Kapal berhantu' itu akhirnya hanyut tersadai di pantai selepas berjam-jam di perairan.

Ia terdampar di kawasan Kent pada Isnin selepas dilihat terlepas daripada tambatannya sepanjang malam.

Menurut laporan KentLive, kapal tersebut mula-mula dikesan di kawasan Medway Estuary dan Upchurch berhampiran Callows, dan hanyut ke arah Lower Halstow, Swale.

Pengawal pantai tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada penduduk yang melihat kejadian itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan insiden tersebut.

Kapal itu kini tersangkut di paya dan tersadai di tepi pantai, walaupun tidak diketahui sama ada terdapat sebarang kerosakan berlaku sepanjang perjalanannya.

Pengawal pantai mengesahkan bahawa kru telah keluar dari kapal berkenaan dan berada di tempat kejadian.

Pemilik kapal tersebut turut dimaklumkan mengenai insiden berkenaan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain