suria

Miliki rumah agam dan kereta mewah, mengembara guna jet peribadi... kanak-kanak ini digelar jutawan termuda di dunia!

Mompha Junior menjalani kehidupan serba mewah pada usia 9 tahun.

SEORANG kanak-kanak Nigeria berusia 9 tahun digelar sebagai 'jutawan termuda di dunia' kerana gaya hidupnya yang mewah.

Muhammed Awal Mustapha atau lebih dikenali dengan nama Mompha Junior, menjalani kehidupan serba mewah sebagaimana yang dipaparkan di laman Instagram miliknya.

Mompha Junior memiliki rumah agam pertamanya pada usia enam tahun, mengembara ke seluruh dunia dengan jet peribadi, mempunyai beberapa rumah agam lain dan mempunyai himpunan kereta mewah.

Dia juga dilihat menggayakan pakaian berjenama seperti Versace dan Gucci sambil berdiri di sebelah 'supercar' miliknya.

Foto lain yang dikongsikan di Instagram menunjukkan dia sedang menikmati makanan di dalam jet peribadi.

Berasal dari Lagos, Nigeria, Mompha Junior adalah anak kepada jutawan yang juga selebriti internet, Ismailia Mustapha.

Jutawan muda itu yang kini mempunyai seramai 29,800 pengikut di akaun Instagramnya.

Mompha Junior dihadiahkan rumah agam pertamanya oleh bapanya ketika berusia enam tahun.

"Saya memberi jaminan kepada kamu bahawa selepas menjalani jatuh bangun dalam kehidupan, kamu mempunyai tempat untuk dituju. Sebuah tempat yang tidak akan menghakimi kamu dan sentiasa menjemput kamu dengan tangan terbuka.

"Tahniah anakku, atas hadiah rumah baharu buat kamu. Ini merupakan hadiah hari lahir daripada ayah," tulis Ismailia dalam satu hantaran di media sosial. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain