suria

Buku rahsia dan penipuan Meghan Markle bakal diterbitkan pada hari kelahiran bayi sulungnya - Kakak

Meghan dan Harry dijangka menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada pertengahan 2019.

KAKAK kepada Meghan Markle mahu mengeluarkan sebuah buku mengenai adiknya dan ia bakal dilancarkan seiring dengan kelahiran bayi pertama isteri Putera Harry itu, pada pertengahan 2019.

Samantha Markle, 53, mendedahkan, buku itu berjudul In The Shadows Of The Duchess dan ia mengandungi pelbagai rahsia serta penipuan melibatkan Meghan.

Sebelum ini, buku itu dinamakan sebagai The Diary if Princess Pushy's Sister.

Tambah Samantha lagi, dia tidak akan berselindung sebaliknya akan mendedahkan pelbagai kisah dalam buku berkenaan.

"In The Shadows Of The Dutchess bercerita mengenai semua perkara. Dunia perlu tahu keberanan. Semuanya ada," katanya.

Namun pada masa ini, dia belum bersedia untuk mendedahkan dengan terperinci isi kandungan buku berkenaan.

Pada masa sama dia turut memberi bayangan bahawa antara paparan utama buku berkenaan adalah mengenai kemelut keluarga melibatkan Meghan dan Tyler Dooley serta Thomas Markle Jr.

Dooley sebelum ini dalam satu wawancara MTV berkata, pernikahan diraja Meghan memberi trauma dalam kehidupan mereka.

"Ianya memang sukar, keluarga berpecah-belah. Melihat tajuk-tajuk berita yang kejam mengenai saya, ia sangat sukar," ujar Dooley.

Sementara itu, Samantha juga dikatakan bakal membuka cerita mengenai dirinya yang menjadi mangsa buli siber setelah adiknya menikahi Putera Harry, Mei lalu.

"Saya juga berhadapan dengan intipan dan buli siber khususnya di Twitter. Mereka menulis macam-macam perkara tak betul mengenai saya," tambahnya lagi.

Malah, Samantha turut mendedahkan dia menerima ugutan bunuh.

Meghan dijangka melahirkan bayi sulung sekitar April atau Mei 2019.

Pasangan itu mengumumkan berita kehamilan pada 15 Oktober lalu, sewaktu mereka berada dalam rangka lawatan diraja di Australia. - DailyMail.

 

Artikel Sebelum

Artikel Lain