suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang Brazil peluk Islam ketika pesawat lalu ruang udara Makkah

Juruterbang berkenaan mengucap kalimah syahadah sewaktu berada dalam penerbangan (FOTO: Youtube)

KATA orang, hidayah datang dalam pelbagai cara.

Menerusi satu video tular, seorang juruterbang warga Brazil dirakam sedang mengucap kalimah syahadah dalam sebuah penerbangan, baru-baru ini.

Dia yang lengkap berpakaian seragam juruterbang berada di ruang kokpit sebelum memeluk Islam sewaktu pesawat berada pada ketinggian 5,500 kaki.

Lebih manis, detik itu dikatakan berlaku sewaktu pesawat mereka sedang melewati ruang udara Makkah.

Dalam video itu, kedengaran suara seorang lelaki yang memberi tunjuk ajar kepada juruterbang berkenaan ketika dia melafazkan kalimah suci tersebut.

"Kita berada di sini bersama Amalo, juruterbang dari Brazil.

"Dia akan mengucapkan kalimah syahadah dalam penerbangan kami yang menuju ke Taluka," ujar lelaki yang merakam video berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku semasa penerbangan mereka melalui ruang udara Arab Saudi, berhampiran Makkah.- Daily Star.

Juruterbang, Peluk Islam

Artikel Lain