suria

China perkenal kereta kebal 'bunuh diri' jika ditawan musuh dalam peperangan

Butang pemusnah diri (self destruction) yang dilengkapi dalam kereta kebal berkenaan. FOTO: Thai Army/Getty)

SETIAP negara pastinya mempunyai angkatan tentera dengan kekuatan tersendiri, khusus untuk mempertahankan kedaulatan masing-masing.

Seperti tentera Rusia dan Amerika Syarikat (AS) yang sering diperkatakan kehebatan mereka, angkatan tentera China juga tidak kurang hebatnya.

China misalnya telah memperkenalkan kereta kebal 'kamikaze' yang dilengkapi butang pemusnah khas seandainya tentera mereka berjaya ditangkap pihak lawan dalam peperangan.

Menerusi satu video yang disiarkan, kereta kebal VT-4 itu dibina dengan butang berkenaan dan ia diletakkan di posisi kapten kenderaan tersebut.

Ia dibina untuk mengelak dari ditahan musuh dan ramai peminat ketenteraan percaya bahawa butang itu berupaya memusnahkan sendiri kereta kebal berkenaan, jika mereka ditawan.

Namun, andaian yang dibuat mereka tidaklah seperti yang dibayangkan apabila butang itu sebenarnya tidak akan meletupkan keseluruhan kapal kebal berkenaan.

Ia sebaliknya hanya akan memusnahkan kelengkapan operasi kenderaan itu dan menjadikan ia tidak berguna, sekiranya ditawan musuh, bagi mengelak ia diambil alih.

Nama sebenar kereta kebal berkenaan ialah Captain Mission Terminal, model yang hampir sama dengan Blue Army Tracking yang dimiliki oleh tentera AS.

Kedua-dua model berkenaan menggunakan sistem pengesanan posisi GPS dan komunikasi satelit untuk mengesan musuh.

Ia juga didakwa sebagai antara kenderaan perang yang paling canggih di dunia dan pertama kali diperkenalkan pada 2012. -Star Daily.


Tentera China, Kereta Kebal

Artikel Lain