PENDAKWAH selebriti, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusan itu pada Rabu.Keputusan majoriti 2-1 itu dicapai oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, yang memihak kepada rayuan akhir Da’i Syed, manakala Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid pula berbeza pendapat. Ketika membacakan penghakiman, Azman berkata pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.“Sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat, rayuan perayu dibenarkan, hukuman pemenjaraan 10 tahun tiga sebatan oleh mahkamah tinggi diketepikan,” katanya.Syed (kiri) dan isteri menangis saat keputusan dibacakan.Sebaik keputusan pembebasan diumumkan, Da’i Syed yang berada di kandang tertuduh dilihat menitiskan air mata, sementara isterinya, Hana Ismail, turut menangis ketika berada di galeri awam.Pada 23 Januari lalu, Syed diperintah menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, selain tidak membenarkan penangguhan hukuman.Bagaimanapun, selepas 21 hari menjalani hukuman penjara Syed kembali dibebaskan sementara oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hukuman penjara tangguh, Da’i Syed dibebaskan sementaraARTIKEL BERKAITAN: Jurusolek dedah Da'i Syed ‘dok merenyeh’, dakwa ajak ke Pulau Pinang ketika isteri hamil anak kedua… “Dia suruh saya check in hotel sama”Pembebasan itu dibuat selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azmi Ariffin sebulat suara membenarkan permohonan Syed untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan.Untuk rekod, pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Shah Alam, pada 11 September 2019.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, namun Syed dibebaskan dengan jaminan bermula 20 September 2024 bagi menunggu keputusan rayuan.