SEORANG jurusolek yang dikenali sebagai Hanis Raus membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah digoda pendakwah selebriti, Dai Syed walaupun statusnya sebagai suami orang.Hanis, 32, ketika dihubungi mStar mendakwa, Syed atau Syed Shah Iqmal Mohammad Shaiful Jamallulail, 31, pernah mengajaknya ke Pulau Pinang ketika dia sedang bercuti bersama isteri dan keluarganya. Dakwa Hanis, dia tidak pernah berniat untuk menjalinkan hubungan dengan Syed, sebaliknya hanya mahu melihat sejauh mana tingkah laku lelaki berkenaan."Ada satu ketika itu dia ke Pulau Pinang dengan Hana (isteri) dan keluarga mereka. Syed suruh datang sana, tapi saya cakap dia ada bersama isteri dan keluarga. Antara bukti-bukti perbualan bersama Syed."Dia suruh saya check in hotel sama supaya senang dia pergi dekat saya. Saya terkejut, sumpahlah kau pergi dengan isteri tetapi masih ajak perempuan lain. "Saya melayan bukanlah untuk bersama dia tetapi sekadar untuk 'memancing' perangainya . Saya berani bersumpah kami tak pernah berjumpa," katanya. Dalam masa sama, Hanis mendakwa kejadian itu berlaku ketika isteri Dai Syed sedang hamil anak kedua sekitar September tahun lalu.Hanis turut mendakwa Syed mempunyai kebiasaan memadam mesej perbualan mereka, terutama apabila dia tidak membalas dengan segera.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Da’i Syed menangis, gagal rayuan… Hukuman penjara dan sebat kekalARTIKEL BERKAITAN: Peguam pelik ada pihak anggap Da’i Syed suci… Watak bertukar ketika di rumah, perkosa mangsa hidap depresi"Semua ini berlaku sewaktu isterinya masih hamil anak kedua. Berlaku dalam bulan September tahun lalu. "Dia ada satu perangai akan padam mesej setiap kali saya senyap dan tak balas cepat. "Bila kita leka kejap, dia akan clear mesej. Mungkin dia pun mula rasa curiga. Kalau kami sedang online, dia tak padam," ujarnya. Ditanya detik awal perkenalannya dengan jejaka itu, Hanis mengakui mengenalinya di media sosial selepas menjadi penyokong kuat Syed ketika kes pendakwah itu tular sebelum ini. Semua ini berlaku sewaktu isterinya masih hamil anak kedua pada September lalu. HANIS RAUSJURUSOLEKKatanya, sokongan tersebut menyebabkan Syed mula menyedari kehadirannya di media sosial, sekali gus membuka ruang kepada perbualan peribadi antara mereka."Selepas kes dia (Syed) meletup (viral) pertama kali dulu, saya memang menyokong dan menganggap dia dianiaya. "Waktu itu saya memang follow media sosial dia dan kongsi video-video mengenai kesnya. Bila dia notis video tersebut saya macam seronoklah. Kemudian dia follow semula saya di Instagram. "Bila dia tahu kita meminati dia, mungkin daripada situ dia mula ambil kesempatan," jelasnya. Hanis terpaksa melayan untuk 'memancing' sikap sebenar Syed.Katanya lagi, dia juga meluat dengan sikap Syed yang dianggap melampaui batas apabila cuba mengajaknya untuk berjumpa tahun lalu. "Tahun lepas dia betul-betul bertindak di luar batasan. Saya menetap di Perak dan dia selalu ajak pergi ke Shah Alam."Kemudian saya minta minyak wangi jualannya untuk dibuat affiliate tetapi dia tidak mahu hantar melalui pos kerana mahu berjumpa dengan saya," katanya. Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen daripada isteri Dai Syed iaitu Hana Ismail tidak berjaya apabila mesej WhatsApp yang dihantar tiada balasan. Semalam Hanis membuat pendedahan itu di akaun Threads miliknya dan membongkar segala perbualan dengan Dai Syed bagi membuktikan dirinya diganggu jejaka tersebut. Untuk rekod, pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, lebih dikenali sebagai Da’i Syed, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Shah Alam, pada 11 September 2019.Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, namun Syed dibebaskan dengan jaminan bermula 20 September 2024 bagi menunggu keputusan rayuan. Keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut dengan hakim menegaskan dapatan Mahkamah Sesyen dibuat berdasarkan bukti kukuh serta penilaian menyeluruh. Permohonan penangguhan hukuman Syed ditolak mahkamah dan hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!