KEPUTUSAN mahkamah dalam kes rogol membabitkan pendakwah selebriti Da’i Syed dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap keterangan kedua-dua pihak, termasuk mengambil kira keadaan kesihatan mental mangsa.Seorang peguam bernama Nor Zabetha berkongsi pengetahuan atas kapasitinya sebagai pengamal undang-undang bahawa alasan penghakiman Mahkamah Sesyen jelas memperincikan versi kejadian yang dikemukakan oleh tertuduh dan mangsa sebelum membuat keputusan mensabitkan Syed atas pertuduhan rogol, sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan mangsa kononnya ‘sama rela’. Menurut Nor Zabetha, keterangan dalam penghakiman Mahkamah Sesyen menyatakan bahawa mangsa, yang menghidap kemurungan Major Depressive Disorder (MDD), berkenalan dengan Syed melalui Instagram dan bersetuju untuk bertemu. Nor Zabetha sifatkan alasan penghakiman kes Syed di mahkamah jelas.Pertemuan dikatakan berlaku di sebuah kedai makan sebelum berlarutan mangsa di bawa pulang ke rumah. Sebaik tiba di rumah Syed, tekanan mula timbul dari lif apabila tertuduh dikatakan meninggi suara kepada mangsa dan menunjukkan sikap tegas serta menakutkan. Tekanan berterusan di dalam bilik sehingga mangsa hanya duduk jauh dari katil kerana takut, sebelum berlaku kejadian dakwaan rogol. Menurut peguam itu, perlakuan tertuduh amat berbeza ketika di kedai makan dan semasa berada di rumah. “Kalau lihat alasan penghakiman, mahkamah mendalami kedua-dua versi. Versi Saksi Pendakwaan 1 (SP1) diperincikan, versi Syed juga diperincikan dan kemudian mahkamah membuat penilaian.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Da’i Syed menangis, gagal rayuan… Hukuman penjara dan sebat kekalARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed kekal bersalah kerana rogol, peguam fail rayuan…. Mohon tangguh hukuman kerana isteri baru bersalin“Saya sering membaca komen yang mengatakan mangsa sama rela dan mempersoalkan mengapa Syed pula dipersalahkan. "Saya sangat tidak setuju dengan naratif sebegitu kerana ia menyalahkan mangsa dan mengabaikan perbuatan pemangsa,” katanya.Nor Zabetha berkongsi pandangan itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada pagi Ahad.Untuk info, SP1 berusia 23 tahun berasal dari Bera, Pahang dan merupakan anak kepada seorang penoreh getah.Jelas Nor Zabetha, dakwaan bahawa mangsa merelakan perbuatan tersebut adalah tidak berasas dan bercanggah dengan keseluruhan fakta kes yang dibentangkan di mahkamah.Tambah peguam itu, laporan serta keterangan pakar psikiatri yang dikemukakan dalam perbicaraan turut menyokong kredibiliti mangsa, selain keterangan SP1 yang konsisten dan disokong bukti lain. Pemangsa boleh ‘move on’, tetapi mangsa menanggung kesakitan itu untuk jangka masa panjang.NOR ZABETHA PEGUAM“Dalam banyak kes jenayah seksual, mangsa sukar melepaskan apa yang berlaku. Mereka mahukan pengakuan bahawa apa yang dilakukan terhadap mereka adalah salah. "Pemangsa boleh ‘move on’, tetapi mangsa menanggung kesakitan itu untuk jangka masa panjang.“Mahkamah juga mengambil maklum keadaan mental mangsa yang pada masa sama terpaksa melalui proses siasatan, pemeriksaan alat sulit, memberi keterangan, menjalani kawad cam dan mengimbau semula kejadian traumatik di mahkamah. Itu bukan sesuatu yang mudah,” ujarnya.Mengulas lanjut, kata Nor Zabetha, isu ketidakseimbangan ruang antara mangsa dan tertuduh ketika kes dibicarakan di khalayak, khususnya melalui media sosial, perlu diberi perhatian. Malah dia turut mempersoalkan sikap segelintir pihak yang masih mempertahankan Syed dengan menjadikan latar belakang pendidikannya sebagai alasan.Antara ulasan Nor Zabetha di Facebook miliknya."Mangsa tiada ruang untuk menjelaskan apa yang berlaku. Hingga hari ini, mangsa masih bergelut dengan trauma, ditambah pula dengan komen orang ramai yang terus menyalahkannya. "Dalam alasan penghakiman, mahkamah ada memetik latar belakang Syed daripada sekolah rendah, pengajian di Mesir serta penglibatannya sebagai penceramah agama. "Sepatutnya, dengan ilmu agama yang tinggi, batas itu lebih difahami. Syed sendiri mengaku di mahkamah melakukan hubungan seks luar nikah, namun masih ada pihak yang mengangkatnya sebagai suci dan mendakwa mangsa memfitnah,” jelasnya.Untuk rekod, pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, lebih dikenali sebagai Da’i Syed, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Shah Alam, pada 11 September 2019.Syed dibawa ke penjara Kajang sejak Jumaat lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, namun Syed dibebaskan dengan jaminan bermula 20 September 2024 menunggu keputusan rayuan. Keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut, dengan hakim menegaskan dapatan Mahkamah Sesyen dibuat berdasarkan bukti kukuh serta penilaian menyeluruh. Permohonan penangguhan hukuman Syed ditolak mahkamah dan hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube