SEMINGGU selepas pemergian anak tercinta, pelakon Amyza Aznan masih mencari kekuatan untuk menyesuaikan diri dengan kehilangan Allahyarham Andre Mikhail yang pergi menghadap Ilahi.Menurut Amyza, 50, meskipun dia sudah reda dengan ketentuan takdir, namun perasaan rindu yang bersarang di hati masih sukar untuk diubati. “Reda memang sudah lama ada, cuma saya masih cuba cari cara untuk hilangkan rasa rindu itu supaya tak terlalu berat. Terlalu rindu.Amyza menahan sebak apabila berkongsi mengenai anaknya.“Kita sebagai orang Islam percaya ini adalah qada dan qadar Allah, semuanya sudah tertulis. Alhamdulillah dia pergi pada bulan yang baik dan mendapat doa daripada ramai orang. Itu yang sedikit sebanyak mengubati hati saya,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Amyza memberitahu dia setiap hari melawat pusara arwah yang terletak berhampiran rumahnya sebagai cara melepaskan rindu.Tambahnya lagi, dia juga sering menghantar mesej ke WhatsApp milik arwah walaupun sedar mesej tersebut tidak akan berbalas.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Arwah anak yang penyayang, tak pernah tinggi suara “ - Amyza AznanARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan ralat tiada di sisi arwah pada saat-saat akhir… “Mungkin Andre tak nak saya tengok dia pergi”“Memandangkan rumah dekat, memang saya pergi ke pusaranya setiap hari. Itu cara saya bercakap dengan dia dan sedekahkan al-Fatihah.“Saya kongsi video di media sosial supaya orang ramai dapat tumpangkan doa. Itu memang tujuan saya.“Nak hilangkan rindu, saya akan mesej dia hari-hari walaupun tahu dia tak jawab. Setiap kali buat begitu, saya akan sedekahkan al-Fatihah juga,” luahnya sebak. Rindu tapi belum diizinkan lagi.AMYZA AZNANPELAKONSementara itu, Amyza berharap arwah anaknya hadir dalam mimpi seperti mana yang dialami dua lagi anaknya.“Adrian (anak kedua) hari kedua sudah mimpi arwah. Semalam Aden pula mimpi dia, tapi saya masih belum lagi. Mestilah saya nak dia datang dalam mimpi, rindu tapi belum diizinkan lagi.“Adrian kata arwah memandu kereta dan bawa dia bersama atuk. Aden pula kata arwah datang tengok dia tapi diam saja,” kongsinya.Selimut Spiderman jadi peneman Amyza.Dalam pada itu, Amyza memberitahu dia masih belum mempunyai kekuatan untuk mengemas barang-barang peninggalan arwah.“Saya masih belum kemas barang arwah, biar sajalah dulu. Sebelum dia pergi, saya ada bawa balik baju terakhirnya untuk dicuci, itu yang lihat dia sentiasa dengan selimut spiderman. "Buat masa sekarang biar dululah selimut dan bantal dia,” luahnya.Untuk rekod, Andre, 20, menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube