SEORANG pelakon muda berhijab menjadi bualan hangat di media sosial apabila beberapa pengguna di Threads berkongsi foto dan video yang didakwa mirip dirinya ketika sedang berhibur di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.Menerusi perkongsian berkenaan, wanita terbabit dilihat tampil tanpa mengenakan tudung serta berpakaian mencolok mata, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Lebih mengundang perhatian turut tular sebuah video yang memaparkan wanita tersebut sedang menikmati minuman keras, selain didakwa memiliki tatu pada tubuhnya dipercayai dibuat atas pengaruh teman lelaki.Antara foto yang menjadi perbandingan netizen.Tidak hanya itu, seorang pengguna Threads juga mendakwa aktres berkenaan pernah mengandung namun keguguran.Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang pengesahan bahawa individu dalam foto dan video tersebut itu merupakan pelakon tersebut.Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan beberapa pendedahan yang dibuat netizen memandangkan imej yang ditampilkan wanita itu jauh berbeza daripada personaliti yang dikenali ramai.ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Pentingkan Aurat Daripada Berlakon" - Mia SaraARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis tempelak Mia Sara, buka kisah lama keluarga dihina... “Kami diam bertahun-tahun”Namun, tidak kurang juga yang mendakwa pernah terserempak dengan pelakon itu dalam penampilan serupa ketika berada di luar.“Dia mungkin belum matang untuk watak dewasa, tapi kehidupan sebenar nampaknya berbeza.“Kalau betul dia, memang sukar nak nafikan sebab wajah dan barangan peribadi pun sama.Antara komen netizen.“Tak sangka, luaran nampak alim tapi realiti lain,” antara komen netizen.Difahamkan, pendedahan itu dibuat oleh individu yang rapat dengan pelakon terbabit dan dipercayai turut sama berada di lokasi berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube