TIADA angin tiada ribut, pelakon Puteri Balqis tampil menyeru nama aktres Mia Sara Nasuha menerusi satu hantaran panjang di Instagram miliknya pada Rabu.Dalam perkongsian tersebut, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, mendakwa Mia pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai. Menurut Puteri Balqis, tindakan Mia yang menangis ketika berdepan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.Aqish menulis luahan di Instagram. “Kau menangis beria di depan wartawan, cerita kau banyak kelebihan yang orang tak tahu. Tapi pernah ke kau fikir perasaan mak aku? Kesihatan mental mak aku waktu kau malukan dia di khalayak ramai?” luahnya.Aqish turut mendakwa Mia pernah membuat komen bahawa ibunya gagal mendidiknya dengan baik, selain meninggalkan tanda ‘like’ pada komen-komen negatif yang menghina dirinya dan keluarga.Tambahnya, tindakan tersebut bukan dilakukan Mia seorang diri, sebaliknya turut melibatkan rakan-rakan serta pihak pengurusan aktres berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara penat jadi ‘budak kecil’, umur dah 21 tahun tapi masih dianggap pelakon kanak-kanak ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan di IG berjaya, Puteri Balqis tunjuk bukti sudah terima bayaran... Harap isu jadi iktibar“Pengurus kau, geng kau termasuk individu dikenali sebagai Melaka Boy hina mak aku secara terbuka di Twitter. Lepas itu DM mak aku, konon nak jumpa dan tawarkan kerja guna nama aku.“Tak ada siapa tahu apa yang berlaku di belakang kamera. Blog ambil cerita buruk pasal kami tanpa tahu semua itu kerja geng kau,” ujarnya.Menurut Aqish, dia dan keluarganya memilih untuk berdiam diri selama bertahun-tahun meskipun sering dilabel sebagai keluarga bermasalah.Aqish meluahkan rasa mecewa terhadap Mia. Dalam hantaran sama, Balqis turut menyindir pihak terbabit yang didakwanya gemar menggunakan media untuk mempertahankan diri, selain menyifatkan sikap mereka tidak selari dengan imej agama yang dipaparkan di media sosial.“Kami diam bertahun-tahun. Tak seorang pun tahu. Semua orang anggap keluarga kami teruk, kucar-kacir dan huru-hara. Tapi tak perlu khianat keluarga kami secara senyap.“Sekarang kau, yang rasa kau hebat, kawan-kawan kau yang ramai itu, Melaka Boy kau yang banyak ‘connection’ dengan artis-artis besar itu, seperti biasa boleh hubungi wartawan, boleh gunakan wartawan dan blog untuk ‘backup’ diri. Dipersilakan,” luahnya.Setakat ini, Mia Sara Nasuha belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube