suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mia Sara penat jadi ‘budak kecil’, umur dah 21 tahun tapi masih dianggap pelakon kanak-kanak

PELAKON Mia Sara Nasuha meluahkan rasa kesal apabila sering dilabel dan ditawarkan watak sebagai pelakon kanak-kanak walaupun usianya kini sudah menginjak 21 tahun.

Kata Mia, dia mampu membawa pelbagai jenis watak namun kekurangan peluang menyebabkan bakatnya tidak dapat diteroka sepenuhnya.

“Saya dah berusia 21 tahun tapi masih melekat pada perspektif orang bahawa saya masih kanak-kanak. Saya dah tak nak jadi kanak-kanak walaupun badan saya bersaiz kecil.

“Saya harap orang akan nampak saya sebab saya boleh lakukan banyak benda. tapi saya tidak diberikan peluang dan platform yang betul.

“Saya tak suka dipandang sebagai kanak-kanak selamanya. Saya penat jadi budak-budak, orang tak pandang serius terhadap saya,” katanya kepada mStar.

Mia memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Sidang Media Drama Vertikel FYP Macam VIP di Bangsar pada Rabu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi