suria

Tak tolak jika terima gelaran Datuk, Zamarul Hisham takut berubah kerana pangkat

PELAKON Zamarul Hisham tidak pernah terfikir untuk mengejar sebarang penganugerahan termasuklah menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.

Tidak menolak sekiranya dikurniakan anugerah berkenaan, Zamarul, 55, bagaimanapun berkata dia lebih selesa menjalani kehidupan sederhana dan tenang seperti sekarang ini.

“Saya tidak terfikir atau mencari untuk anugerah itu, kalau ada rezeki Allah berikan peluang dapat tidak mengapa.

“Kalau boleh beri peluang kepada pelakon lain saja sebab saya lagi selesa dengan kehidupan sekarang ini, risau kalau dapat nanti jadi lain pula nanti.

“Biarlah orang kenal saya sebagai Zamarul Hisham saja buat masa ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi