suria

Tak fikir kalau ada orang tak suka, Siti Elizad mahu hidup tenang berdua bersama suami

PELAKON Siti Elizad Shariffudin tidak terkesan dengan komen serta kecaman segelintir pihak yang tidak menyukai dirinya terutamanya ketika menonton drama lakonannya.

Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 42, berkata dia mengambil pendekatan tidak melayan komen negatif kerana bimbang perkara itu boleh menjejaskan emosi serta ketenangan hidupnya.

“Saya okay saja sebab kalau dengan netizen memang tidak akan balas kembali komen tu sebab masing-masing ada pandangan sendiri.

“Keji ke puji saya tetap terima dengan berlapang dada serta hati terbuka sebab mereka berhak untuk komen kerana mereka menonton cerita tu.

“Bila sudah meningkat usia ni saya malas nak marah sebab suami banyak didik untuk kawal kemarahan tu, saya nak hidup tenang walaupun ada orang menyampai kata ada pihak tak suka saya tapi tetap akan fikir positif,” katanya kepada mStar.

Untuk perkembangan lain, Siti Elizad sedang menjalani penggambaran drama Dosa Yang Berulang yang dibintangi oleh Zamarul Hisham, Alya Iman dan bakal ditayangkan di Tv3 pada ramadan ini nanti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi