suria

Zamarul Hisham elak stres tak mahu fikir masalah, bimbang serangan jantung berulang

SELAIN menjaga pemakanan serta mendapatkan rehat secukupnya, pelakon Zamarul Hisham memberitahu dia kini lebih peka mengenai kesihatan tubuh terutamanya jantung.

Kata Zamarul, 55, dia juga mengelakkan sebarang tekanan melampau kerana bimbang ia boleh mengundang risiko serangan jantung kali kedua.

Pengalaman berdepan masalah kesihatan sebelum ini membuatkan dirinya lebih mementingkan keseimbangan mental dan fizikal dalam menjalani kehidupan seharian.

”Saya sekarang ini memilih untuk elak memikirkan perkara yang boleh menganggu emosi atau masalah sebab stress ni boleh mengakibatkan jantung juga.

“Bila ada masalah jantung ni memang saya akan bergantung kepada ubat, Alhamdulilah sangat membantu saya saat ini, tapi yang kesiannya apabila orang tak tahu apabila diri sendiri ada masalah jantung.

“Sekarang ini keadaan saya hampir 85 peratus pulih dan akan ada rawatan susulan pada bulan Jun ini nanti,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Zamarul dilaporkan pernah mengalami sesak nafas semasa berada di set penggambaran drama di Port Dickson, Negeri Sembilan dan terkena serangan jantung pada awal Februari tahun lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi