suria

20 tahun jadi penyanyi, perasaan ‘nervous’ tak hilang… Hazama risau orang tak suka

20 tahun berkecimpung dalam industri seni, penyanyi Hazama mengakui dia masih belum mampu menghilangkan perasaan gementarnya terutama setiap kali sebelum melakukan persembahan.

Menurut Hazama atau Hazama Ahmad Azmi, 42, perasaan itu muncul apabila dia perlu beraksi di hadapan penonton yang ramai sehingga menimbulkan rasa kurang yakin ketika berada di atas pentas.

“Saya masih ada perasaan gugup dan gementar itu walaupun sudah lama. Tapi, saya memang perlukan perasaan itu supaya dapat lakukan yang terbaik di atas pentas.

“Andai kata saya tidak ada perasaan itu, risau nanti saya akan terlalu bersahaja di atas pentas. Saya selalu berfikir orang tidak suka atau tak mahu tengok saya menyanyi. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi dah,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi