suria

Tidak mahu sentuh perempuan lain, MK K-Clique janji jaga batas demi maruah diri dan isteri

PENYANYI MK K-Clique memberitahu dia akan meletakkan syarat atau batas terutamanya ketika berlakon dengan aktres wanita lain di set penggambaran.

Kata MK atau Muhammad Hairi Amin, 30, perkara itu dilakukan adalah demi mahu menjaga hati serta maruah isteri dan keluarganya daripada tercalar.

“Lakonan saya belum sampai tahap hebat seperti yang saya mahukan kerana banyak lagi perlu belajar kerana banyak kekurangan tapi Alhamdulilah orang percaya dengan bakat saya.

“Sekarang ini saya memang sangat menjaga perkara itu, kalau babak bersentuhan dengan pelakon wanita lain terkena kulit memang tiada lagi.

“Saya akan hadkan perkara itu tapi kalau ada sentuhan pun akan berlapis contoh pegang ada baju atau kain. Saya jaga batas ini demi maruah saya serta keluarga,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi