suria

Hasrat berkahwin pada 2025 tidak kesampaian, Syazwan Zulkifly sibuk mahu kejar impian dahulu

PELAKON Syazwan Zulkifly mengakui dia dan pasangannya mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Syazwan, 39, keputusan itu bukan berpunca daripada sebarang konflik dalam hubungan mereka, sebaliknya lebih kepada komitmen kerja dan perancangan hidup masing-masing yang masih belum dapat dicapai.

“Asalnya memang berniat nak tamatkan zaman bujang, tetapi kekangan masa dan kami masing-masing ada benda nak kejar dulu. Selepas kami selesaikan semua itu, barulah kami berkahwin.

“Kami tidak ada bergaduh pun, cumanya memang tiada masa sebab sekarang ini saya banyak habiskan masa dekat set. Sehinggakan nak bercuti pun tidak dapat.

“Tapi hakikatnya kami berdua memang sudah bersedia untuk berkahwin,” katanya kepada mStar.

Syazwan memaklumkan perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Pak Su Ammara di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Selain Syazwan, drama bersiri 20 episod yang bakal ditayangkan bermula 5 Januari itu turut dibintangi pelakon hebat seperti Que Haidar, Ummi Nazeera, Mia Nasir dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi