suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan berdiri atas lagu ‘cover’, kena ada buah tangan sendiri baru layak digelar penyanyi - Syafiq Farhain

PENYANYI Syafiq Farhain berpendapat seseorang tidak boleh bergelar penyanyi sekiranya hanya bergantung kepada lagu cover semata-mata tanpa mempunyai karya sendiri.

Menurut Syafiq, apabila seseorang itu sudah dikenali sebagai penyanyi, mereka seharusnya tampil dengan lagu atau buah tangan sendiri sebagai bukti kesungguhan dalam industri muzik.

“Tidak bolehlah. Sebab apabila kita digelar sebagai penyanyi, kita mesti kena ada lagu ataupun buah tangan sendiri.

“Pada saya, lagu yang di-cover atau dinyanyikan semula itu hanyalah sekadar mahu menunjukkan yang orang itu masih wujud dalam industri. Memang kena ada lagu sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi