SELEPAS lama menyepi daripada dunia nyanyian sejak tahun 1985, pelakon dan penyanyi Kazar Saisi bakal kembali aktif sebagai penyanyi pada tahun 2026.
Menurut Kazar atau Kazaruddin Saisi, 66, dia kini giat membuat persiapan termasuk melakukan senaman bagi meningkatkan semula stamina sebelum kembali beraksi.
“Saya akan mungkin lakukan senaman nanti untuk kembalikan stamina, kena diet serta jaga pemakanan supaya kekal cergas sebab menyanyi ini paling penting adalah penafasan.
“Lagu yang saya nak nyanyikan ini jenis balada jadi perlukan tenaga serta penafasan yang cukup kalau tidak kemerduan suara itu tidak ada
“Perasaan gusar serta ‘goyang’ tu ada juga sebab sudah lama tinggalkan, suara mungkin okay tapi badan tu yang risau bila atas pentas nanti,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































