PERSONALITI media sosial Maryam tidak lokek mengeluarkan wang sendiri bagi membeli keperluan keluarga, khususnya untuk anak-anak.
Maryam atau Maryam You Narae, 32, berkata dia tidak pernah berkira soal kewangan dalam rumah tangga malah lebih selesa bertolak ansur supaya tidak timbul sebarang perselisihan faham dengan suami.
“Kenapa pula tak boleh kongsi duit kita dengan suami? Itu semua kan untuk keluarga dan anak-anak. Saya tidak kisah, kongsi sahaja.
“Kalau suami beri duit, saya akan simpan untuk masa depan. Tapi, kalau dia tidak bagi saya tidak kisah untuk keluarkan duit sendiri untuk beli keperluan anak seperti lampin. Saya okay sahaja,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































