suria

Saiful Apek letak jangkaan tinggi, risau penonton kecewa filem ‘Duyung’ tak seperti diharapkan

KECEWA dengan hasil filem Duyung: Legenda Aurora, pelakon Saiful Apek mengakui meletakkan jangkaan tinggi terhadap karya tersebut memandangkan ia merupakan sebuah filem sekuel.

Kata Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, sebagai sambungan kepada karya terdahulu, sudah tentu penonton mengharapkan peningkatan dari segi kualiti dan penceritaan berbanding versi sebelumnya.

“Kalau ia satu karya baharu, mungkin tidak ada jangkaan. Tapi ini sekuel, sudah tentu orang mahu lihat peningkatan.

“Saya teruk kena hentam. Poster, teaser semua hentam saya. Bagi saya, ia tidak adil untuk salahkan seorang saja. Secara jujur, jangkaan saya memang tinggi. Saya tidak tahu apa masalah dalaman, tapi itu bukan alasan. Kalau ada masalah bajet, sepatutnya tidak perlu buat,” katanya kepada mStar.

Duyung: Legenda Aurora dibintangi oleh Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Ayie Elham dan ramai lagi bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Disember ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi