PELAKON Kamal Adli memberi amaran kepada isterinya Uqasha Senrose dan individu yang digelar sebagai ‘coach cerai’.
Kamal, 39, meluahkan rasa tidak adil terhadap situasi yang dihadapinya dan meminta agar segala isu rumah tangga diselesaikan secara bersemuka kerana mereka masih bergelar suami isteri.
“Saya rasa benda ini tak adil untuk saya. Kalau kau tak puas hati, kau datang jumpa aku. Kau cakap depan-depan dekat aku sebab kau isteri aku lagi.

Kamal juga harap Uqasha tidak terlalu bercerita kisah rumah tangga.
“Kau tak payah nak cerita dekat ‘coach cerai’ sampai lapan jam boleh duduk dengan orang itu,” katanya kepada mStar.
Kamal memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kamal turut menyuarakan rasa terkilan terhadap individu digelar ‘coach cerai’ yang didakwa mendengar cerita sebelah pihak tanpa pernah berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lebam dipukul atau kesan daripada orang yang tahan dipukul” - Kamal Adli beri bayangan jadi mangsa dera, dakwa ada parut kekal di badan
ARTIKEL BERKAITAN: “Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul dia” - Kamal Adli dah agak ‘permainan’ fitnah Uqasha Senrose
“Coach cerai itu, setiap kali datang, tak pernah pun nak menghadap aku. Kau boleh dengar cerita sebelah sana sahaja,” katanya.
Menurut Kamal, dia sentiasa bersedia untuk berjumpa dan berbincang secara matang, namun mendakwa pihak terlibat memilih untuk mengelak dan membawa isu tersebut secara terbuka.
“Datanglah jumpa aku. Aku ada, aku sedia sahaja untuk jumpa dengan kau. Asal kau lari? Pergi cerita dekat podcast apa semua,” ujarnya.

Kamal tidak dapat menahan perasaan apabila terlalu banyak cerita tentang dirinya disebarkan.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


