PELAKON Uqasha Senrose menafikan dakwaan suaminya Kamal Adli yang menuduhnya mempunyai masalah mental ketika prosiding laporan Jawatakuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menjelaskan sekiranya mempunyai masalah tersebut dia tidak mungkin mampu menjaga anaknya seorang diri.
"Kalau saya tak waras, saya tak jaga anak seorang diri.

Uqasha menafikan dakwaan Kamal.
"Kenapa saya susah nak bagi anak dekat dia pun, ada sebabnya,” katanya kepada mStar.
Terdahulu Uqasha tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dengan Kamal.
Uqasha berkata selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga aib dan maruah suaminya, namun tekanan yang ditanggung memaksanya bersuara.
Dalam masa sama, Uqasha mendakwa Kamal turut gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah sepanjang perkahwinan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli tak sediakan nafkah diri dan anak… “Netizen kata dia kerja untuk saya, walhal tak! Saya cari duit sendiri”
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose dakwa ada bukti video dan gambar jadi mangsa dera Kamal Adli, empat laporan polis pernah dibuat… “Mengandung pun dia boleh pukul saya”
Jelas Uqasha, dia terpaksa bekerja keras dan mengurus keperluan keluarga dengan menggunakan wang sendiri kerana tidak menerima nafkah seperti isteri lain.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


