suria

[V] Mahkamah nasihat Kamal Adli lafaz talak, Uqasha Senrose dedah pernah dikasari, dipukul dan pergaduhan tidak berhenti

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Kumpur pada Khamis menasihati pelakon Kamal Adli untuk melafazkan cerai terhadap isterinya, Uqasha Senrose. 

Bagaimanapun peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan defendan masih mahu mempertahankan rumah tangga. 

“Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah gagal, jadi mahkamah nasihatkan untuk lafaz talak satu tapi defendan enggan.

 “Jadi, bila tidak mahu, mereka kena ke prosiding yang seterusnya iaitu hakam iaitu pada 12 Januari,” katanya kepada mStar. 

Uqasha dakwa pernah dikasari. 

Syazmee memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas laporan JKP di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Menurut Syazmee, mahkamah juga telah mensabitkan wujudnya shiqaq iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan itu. 

"Berdasarkan laporan JKP, mahkamah mengatakan laporan tersebut sangat terperinci berkaitan dengan kekasaran rumah tangga, pukul, nafkah dan pergaduhan yang tidak berhenti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak akan buat kenyataan bodoh” - Kamal Adli 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dakwaan larang jumpa anak tidak betul, Uqasha Senrose tahu kedudukan Kamal Adli sebagai bapa… “Boleh bertemu bila-bila masa” 

"Jadi mahkamah mengambil kira faktor tersebut dan mensabitkan adanya shiqaq dalam rumah tangga pihak-pihak ini," ujarnya.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain