SESETENGAH individu mungkin dapat merasakan sesuatu petanda sebelum ajal menjemput, sama ada melalui mimpi, perubahan tingkah laku atau gerak hati yang sukar dijelaskan dengan kata-kata.Walaupun pengalaman seperti ini sukar dibuktikan dari sudut saintifik, ia pastinya menjentik rasa keinsafan dalam diri, sekali gus mengingatkan kita tentang kematian yang bakal dilalui setiap insan. Menurut seorang wanita, arwah bapanya juga pernah melalui pengalaman yang pelik sebelum dia meninggal dunia.Setiap umat Islam perlu memperbanyakkan amalan sebagai persediaan untuk akhirat. -Gambar hiasan"Abah saya dengar orang bagi salam masa dia tengah baring dengan emak dan abang. Hanya dia seorang saja yang dengar orang bagi salam."Dia siap jawab salam tu. Abang saya pergi tengok dekat luar, tapi tiada sesiapa pun. Masa itu memang abah saya tengah sakit."Lepas bunyi salam, abah kata tu bukan orang tapi malaikat maut."Abah saya menangis. Sebelum meninggal, dia dah bersihkan diri, potong kuku semua," ujarnya.Wanita kongsi cerita tentang pengalaman aneh sebelum bapanya meninggal dunia.Bapanya terdengar seseorang beri salam sedangkan tiada siapa datang ke rumah.Bapanya sempat membersihkan diri seolah-olah tahu ajalnya sudah tiba.Arwah bapanya merupakan seorang bilal pencen dan juga guru mengaji al-Quran.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu berkongsi kisah mengenai arwah bapanya menerusi aplikasi Threads.Berkongsi lanjut mengenai bapanya, wanita itu berkata arwah merupakan seorang yang cintakan al-Quran dan pernah bergelar sebagai guru mengaji."Abah saya bilal. Dia juga ada ajar orang mengaji. Dia pernah dihantar ke pedalaman untuk bantu orang mengenali Islam."Lepas tu abah suka mengaji. Lagi-lagi ketika akhir hayatnya. Seminggu sekali khatam. Agaknya dia dah tahu kot masanya hampir tiba. Semoga Allah terima segala amalannya," tulisnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut tanah arwah bapa jadi kebun pisang! Pasangan warga Indonesia dakwa sudah minta izin pemilik asal ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong saya, ya Allah!” - Sayup-sayup dengar jeritan, jiran terlopong nampak warga emas dipukul anak sendiri sampai matiPerkongsian kisah berkenaan turut menerima pelbagai komen daripada netizen, malah ada menyifatkan bapanya sebagai insan terpilih."Arwah mak saya pula keluarkan kain batik letak atas katil. Kain itulah yang digunakan untuk tutup jenazahnya."Allahuakhbar. Bukan semua orang punya firasat macam ini. Ayah awak sangat bertuah. Dia insan terpilih," tulis beberapa netizen.