suria

“Saya tak akan buat kenyataan bodoh” - Kamal Adli

Kamal pilih medium terbaik untuk bercakap tentang rumah tangga.

PELAKON Kamal Adli berjanji untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh atau menyebarkan aib keluarganya. 

Kamal, 39, berkata dia hanya akan menggunakan saluran betul iaitu mahkamah untuk menyelesaikan kes perceraiannya dengan aktres Uqasha Senrose.

“Hari ini kita dengar apa hakim akan cakap, saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku. Saya akan pertahankan selagi mana mampu dan ikut prosedur. 

“Saya akan berjuang. Ruang saya hanya di mahkamah kerana untuk berjumpa Uqasha sudah tiada peluang.

Uqasha dan Kamal ketika tiba di mahkamah. 

“Saya tak akan buat kenyataan bodoh, saya guna saluran yang betul,” katanya kepada mStar. 

Kamal memaklumkan perkara itu ketika ditemui sebelum prosiding perceraiannya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kamal hadir berpakaian sut hitam lengkap dengan ditemani peguamnya, Hadi Salleh pada pukul 10.15 pagi. 

Dalam masa sama, Kamal turut meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan anaknya, Hawra Uqaira pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau Uqasha ada pendiriannya, saya pun sama” - Kamal Adli tak mahu berpisah  

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mana kami support Fattah dulu, begitu juga buat Kamal”

Sementara itu, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen,33, yang hadir sejurus selepas itu hanya meminta doa yang baik-baik. 

“Doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya. 

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain