SIAPA sangka walaupun berdepan kontroversi rumah tangga, rezeki Kamal Adli dilihat semakin melimpah-ruah apabila dihujani pelbagai tawaran baharu.
Menerusi hantaran di Instagram, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkongsi perkembangan terbaharu kerjayanya apabila dipilih sebagai wajah promosi jenama makanan terkenal.
Bagaimanapun perubahan kerjaya itu membuatkan dia berasa sedikit kekok apabila terpaksa membuat siaran langsung bagi mempromosikan produk jenama itu di platform TikTok.
Kata Kamal, dia bimbang sekiranya apa yang dilakukan itu akan mengecewakan jenama tersebut yang sudah menaruh harapan tinggi terhadapnya.

Kamal menerima pelbagai sokongan daripada pengikutnya.
"Saya dapat tawaran reviu produk untuk berniaga secara live. Saya ini dahlah jarang main TikTok dan buat siaran langsung.
"Jadi otak saya berfikir mampu ke saya nak buat kerana bimbang akan mengecewakan pihak sana.
"Kalian rasa patut ke saya buat live bersama mereka," katanya dalam video terbaharu di Instagram.
Perkongsian Kamal itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dan sokongan padu daripada pengikutnya.
Lebih mencuri perhatian, terdapat netizen memberitahu mereka akan menyokong Kamal sama seperti yang dilakukan kepada aktor Fattah Amin sebelum ini.
"Macam mana kami sokong Fattah Amin dulu, macam itu kami akan sokong Kamal.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli minta Uqasha Senrose timbang rasa, beri ruang jumpa anak… Mahkamah perintah lantik JKP
ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau Uqasha ada pendiriannya, saya pun sama” - Kamal Adli tak mahu berpisah
"Rasa macam dejavu pula. Setahun selepas dengar Fattah cakap macam ini, sekarang dia dah hebat jual kat TikTok. Kepada Kamal, anda kena yakin kerana anda tidak keseorangan. Anda ada kami.
"Dulu Fattah pun tak pandai apa pun, tapi berkat usaha semua pasukan terlibat, tengoklah Fattah sekarang.
"Teruskan kami support macam kami support Fattah Amin dulu," tulis beberapa netizen.
Sebelum ini, Fattah yang pernah berdepan ujian rumah tangga ketika itu dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran bagi jenama makanan itu.

Kamal kini berdepan masalah rumah tangga dengan isterinya, Uqasha Senrose.
Kehadiran Fattah menjual produk jenama itu di platform atas talian secara live streaming berjaya memecah rekod tontonan dan jumlah “likes” lebih 25 juta.
Fattah juga menerima banyak pujian apabila enggan menerima sesen pun komisen jualan daripada syarikat penjual kambing perap itu, sebaliknya meminta supaya wang berkenaan didermakan.-
Terdahulu, rumah tangga Kamal goyah selepas isterinya, Uqasha Senrose memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 19 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


