suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amirul AF4 meninggal dunia secara mengejut

Amirul meninggal dunia pada Selasa.

BINTANG Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Amirul dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada Selasa.

Amirul atau nama penuhnya Amirul Azwan Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun. 

Khabar duka itu turut dikongsikan oleh pengacara Datuk  Aznil Nawawi di akaun Instagram miliknya.

Berita mengejut itu dikongsikan oleh Pak Nil. 

"Allahu satu lagi berita sedih Paknil (panggilan mesra Aznil) terima. Dikhabarkan Bintang AF4 Amirul atau Amighul harini pergi menghadap Illahi," katanya.

Menurut Aznil, dia dan Allahyarham hanya berkesempatan berbual di media sosial memandangkan Amirul menetap di Sarawak.

"Selepas AF kami memang tak pernah bertemu sebab Amirul berada di Sarawak. 

"Sesekali dia ada bertanya khabar di media sosial. Hari ini Amirul sudah tiada. Takziah diucapkan pada keluarga beliau. Alfatihah," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli minta Uqasha Senrose timbang rasa, beri ruang jumpa anak… Mahkamah perintah lantik JKP 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau Uqasha ada pendiriannya, saya pun sama” - Kamal Adli tak mahu berpisah 

Sementara itu,menurut Dr Syamsul Hirdy Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy punca kematian masih lagi sedang disiasat.

"Allahyarham kini berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah penyakit, jadi proses bedah siasat dijalankan pada pukul 2 petang," katanya.

Difahamkan Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat hamil anak pertama.

Untuk rekod, arwah dan isteri mendirikan rumah tangga pada 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain