suria

Tewas dengan ‘pickup line’ suami punca ibu Shila Amzah berkahwin lagi

TERPIKAT dengan ‘pickup line’ membuka hati ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Menurut Fauziah, 57, dia bersetuju dengan lamaran Brigedier Jeneral Zainal Abdin Mohammad Salleh, 55, selepas sebulan berkenalan.

"Saya terpikat dengan senyumannya. Kedua mungkin dia suka buat pickup line. Dia paling power bagi pickup line.

"Kami berkenalan Jun lalu dan selepas sebulan dia (Zainal) terus ajak kahwin. Sepatutnya lebih awal kami kahwin tapi ada masalah sikit jadi kami tunda sehingga ke Sabtu lalu," katanya kepada mStar.

Fauziah memaklumkan perkara itu ketika ditemui media. 

Fauziah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Album Shila Amzah berjudul SA25 yang berlangsung di DPAC Black Box, Damansara Empire pada Selasa.

Kata Fauziah, hubungan mereka juga menerima restu daripada anak- anak selain turut bergembira melihat kebahagiaan ibunya.

Tambah Fauziah, anak-anaknya turut teruja melakukan persiapan perkahwinan terutama Shila yang memainkan peranan sebagai mak pengantin.

"Anak-anak kata bila nampak mak gembira pun dah buat mereka gembira. Maknanya suami saya orang yang baik sebab  itu berjaya buat saya  happy.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama jadi ‘mak pengantin’, Shila Amzah kongsi pengalaman urus majlis nikah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Shila Amzah kembali bergelar isteri, Serina Redzuawan jadi orang tengah… “Segala luka dan kesedihan kakak kini terubat”

"Memang semua benda Shila kawal. Dia memang teruja. Keempat-empat anak semua teruja bila saya nak kahwin," ujarnya.

Sementara itu, Zainal yang merupakan duda turut memberitahu keselesaan bersama Fauziah membuatkan hatinya terpaut.

Tidak hanya itu, dia yang mempunyai tiga cahaya mata mengakui penerimaan anak-anak dan ahli keluarga membuatkan dia nekad melamar Fauziah.

"Sepanjang lapan tahun saya ‘solo’ dah jumpa macam-macam orang tapi dia paling selesa. Tengok anak-anak pun serasi dengan dia.

Keluarga juga merestui hubungan mereka berdua. 

"Saya bila nak kahwin bukan nak kami berdua saja bahagia. Kalau dapat dia tapi hilang anak pun tiada guna.

"Alhamdulillah anak-anak setuju, termasuk adik-beradik saya. Mereka lebih suka Zie daripada saya. Tapi saya rasa Allah yang aturkan," ujarnya.

Pada 22 November lalu, Fauziah selamat mendirikan rumah tangga bersama Zainal.

Untuk rekod, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan bercerai selepas 34 tahun berkahwin.

Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain