suria

Ibu Shila Amzah kembali bergelar isteri, Serina Redzuawan jadi orang tengah… “Segala luka dan kesedihan kakak kini terubat”

Fauziah (kanan) dan Zainal disatukan sebagai pasangan suami isteri.

IBU kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Zainal.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor pada pagi Sabtu.

Berita gembira itu dikongsi oleh beberapa rakan artis termasuk pelakon Serina Redzuawan yang menjadi orang tengah pertemuan dua mempelai itu.

Serina jadi orang tengah pertemuan Fauziah dan Zainal. 

"Bersyukur dapat menjadi pengantara dan saksi kasih sayang mereka. Allah Maha Baik menyatukan mereka berdua. Saya hanya kenalkan mereka sebab nampak kedua-duanya insan yang cukup baik," katanya.

Serina berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya bersama beberapa gambar pertemuan Fauziah dan Zainal sebelum ini.

Serina dalam masa sama turut mengucapkan tahiah selain mendoakan kebahagiaan buat pengantin baharu itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Perkahwinan 34 tahun berakhir, isteri dedah ND Lala sudah lafaz cerai

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri hadir ke mahkamah fail cerai, Fauziah minta wartawan tanya ND Lala sendiri kahwin wanita muda

"Paling utama segala luka dan kesedihan kakak (Fauziah) kini terubat. Lepas hujan ribut petir keluarlah pelangi," ujarnya.

Sementara itu, hari bahagia Fauziah juga turut dikongsi oleh pereka fesyen Seth & Luna yang menyiapkan busana pernikahan Fauziah dan suami.

Kedua-dua mereka memilih rona ungu untuk majlis tersebut.

Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan bercerai selepas 34 tahun berkahwin.

Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain