PENYAMPAI radio Fizi Ali tampil menjelaskan kenyataan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang mendakwa tidak mendapat sebarang khabar mengenai anak mereka yang kini sedang berada di Tanah Suci Makkah.
Menafikan bahawa Ameena Sofia sedang sakit, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, turut menjelaskan dia tidak pernah menghalang anaknya itu untuk menghubungi Shakilla.
Malah Fizi turut mempersoalkan tindakan aktres berkenaan yang didakwa tidak cuba untuk mendapatkan khabar sendiri melalui panggilan video.

Perkongsian Fizi di Instagram.
"Hari terakhir di Makkah ini dugaan apa yang korang mengata saya sekeluarga. Ameena sihat sahaja, tak sakit pun. Anak yang lain sakit.
"Kenapa tak call? Kami benarkan Ameena nak call atau video call, tetapi dia yang tak minta nak call. Mak dia kenapa tak call? Sebelum ini boleh mesej atau hubungi terus Ameena," katanya.
Fizi menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri dah sembilan hari tak dengar khabar Ameena - “Mungkin anak umi khusyuk menunaikan umrah sampai terlupa”
ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri sudah maklum awal, kelibat Fizi Ali tiada di hari sukan anak
Kenyataan itu dibuat kerana dipercayai membalas kenyataan Shakilla yang mendakwa sudah sembilan hari tidak mendengar khabar Ameena.
Malah dalam satu temu bual, Shakilla juga memberitahu dia tidak dimaklumkan bahawa anaknya itu sedang sakit ketika mengikui Fizi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Fizi, perkara sebegini tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan masalah besar antara mereka.

Fizi bersama Ameena dan Zulaikha mengerjakan ibadah umrah.
"Kenapa nak jadikan isu? Takkan semua saya nak beritahu. Di sini saya kena uruskan tiga anak dan seorang isteri. Hari-hari penuh aktiviti. Benda mudah buat apa nak sulitkan," jelasnya.
Fizi kini berada di Tanah Suci Makkah bersama Ameena dan isterinya, Siti Zulaikha bersama anak kecil mereka.
Turut ikut bersama adalah anak kepada Zulaikha hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk rekod Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.
Fizi kembali mendirikan rumah tangga dengan Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


